Selasa, 23 Februari 2010

Biskut Kelapa



Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-

  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Tat Kelopak


BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega (mat guna 130g)
60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya (mat guna jem berperisa strawberry)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty". Kemaskan doh tadi (seperti dalam gambar).
  3. Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

Kek Chiffon Pandan

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia



Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.
2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin
habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul.
5. Putar sehingga kembang.
6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang
dari pandangan. Jangan terlebih kacau.



10. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
Mula-mula tu teringat gak nak amik gambar mangkuk mixer diterbalikkan...tapi sapa pulak yg nak pegang bila Rinn nak amik gambar . Kalau Rinn yang pegang, sape pulak yg nak amik gambar..
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi..
12. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.

13.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.

14.Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.

15. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.

TV9


Get your own tv -->click here

Kenangan 2007

--current--

Pengikut